okey,siap satu entry..huhu..jumpa lagi,selamat berpuasa...cikgu Ammar jangan jeles, saya dah gemuk..huhuhu..
Sunday, July 31, 2011
Hari Mantai
Saturday, July 30, 2011

amani kat kampung, di Tampin, Negeri sembilan...tengah tolong buat sup daging + rendang ayam + lemang bakar sendiri...akan di update lewat malam sikit yerrr..nak bersama keluarga tercinta.. okeyyy,,jangan rindu2 (pangg...perasan ade yang rindu..hehehe)
Friday, July 29, 2011
nota Al-Kulliyyah
okeyy, dah habis Al-Kulliyyah,..ni yang amani dapat sharekan dengan semua yang tak sempat nak tengok... sharing si caring...

macam salin nota dalam kuliah, sambil dengar sambil taip,..sori kalau susah nak faham
keistimewaan RAMADHAN Al-Mubarak


Ramadhan bakal tiba, dan mungkin ini yang terakhir kalinya buat diriku..jom tingkat amal dalam bulan ramadhan... syaitan sudah tiada, jika masih lagi hati berbuat dosa, itu kerana nafsu di dalam dada,,
huhuhuhu (^_^)

tadi rumah blackout,..kami pun keluar gi makan area KL..lepastu balik still lagi TNB tak betulkan, sempat juga layan cerita Sekali Lagi...betul-betul bateri laptop dah nak habis, baru letrik ade.....huhuhu..tu terus buat koktail..tempahan tidak akan dilayan..huhuhu
Thursday, July 28, 2011
keluasan Neraka Allah
"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua'lam.

sesuungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam kitab suci, mereka itu dilaknat oleh ALlah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah SAW bersabda, "sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat"-Al-Baqarah ayat 159
apa khabar IMAN sekarang ??

kitalah bos kepada diri sendiri. dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan,minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman (macam planner). oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa ke dalam diri.
amani lambat sikit ke blog kawan-kawann yer, sebabnya amani nak tolong kakak amani siapkan soalan untuk exam akhir tahun...hari ni dia MC tak pi sekolah pun... okey...bye..assalamualaikum
Wednesday, July 27, 2011
review -cubaan

jawapan...

mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir, semoga diri mampu menerimanya dengan dada terbuka, dengan penuh rasa ikhlas dan redha... ada hikmah untuk segalanya kerana aku hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan....sudah bukan takdirku untuk kesana, pasti ada tempat yang lebih baik untuk aku...
10 kunci kejayaan dunia dan akhirat

amani rasa diri amani ni betul-betul tak punya apa-apa....rasa tak layak untuk mendapat yang baik kerana diri ini bukan yang terbaik..amani perlukan seseorang untuk memberi sedikit motivasi...sabarlah
Tuesday, July 26, 2011
pengaruh LAILA-MANJA

mak tiri memang jahat ke ?????
top 10 hadiah paling istimewa

Monday, July 25, 2011
titipan dari amani

"cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya..dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekuranganya"
kerana kita manusia
Ali bin Abi Talib :"tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta" kemudian Ibnu Munkadir berkata : "bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada 3 perkara, qiamulail, silaturahim dan solat jemaah." wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenal Pencipta Yang Maha Agung. berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.

kita disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasad, tetapi kerana akal dam jiwa kita. akal mempertahankan barang yang pahit tapi manis akibatnya, nafsu mempertahankan barang yang manis tapi pahit akibatnya
musuh yang paling dekat ialah kebodohan kita. sebab itu, singkirkan sebagai menyikirkan bahaya daripada musuh itu. belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya
yes, i'm jealous with someone !!

just because we don't say certain things doesn't mean we don't feel them ..right ???
Sunday, July 24, 2011
kehidupan sehari-hari

dalam sehari kalau kita tak boleh nak buat pahala, cuba kurangkan buat dosa
Hamba Berserah PadaMU

bila sujudku bertemu denganMU, terasa lemah segala tulang dek kerana banyaknya dosa tak terbilang..
Saturday, July 23, 2011
lawatan ke kilang coklat
cikgu Ammar cakap, jangan pandang apa yang kita takde nanti jadi kufur nikmat, lihatlah apa yang kita ada supaya kita syukur.
Friday, July 22, 2011
when i'm feeling sad

bila semua rakan-rakan bergelak ketawa, amani tak dapat nak join sama sebab hati tengah bersedih.. duhai hati, jangan lah bersedih lagi...ini semua ada hikmahnya..
Alahai Komuter ..
tak mau dah nak naik komuter kalau waktu-waktu orang balik kerja. silap hari amani pengsan dalam train tu..
kat padang mahsyar nanti macam mana pula kita bersesak-sesak kan... ???
jom sokong blogger baru
entry lepas balik program
" pemimpin tidak lahir di dalam bilik-bilik kuliah, tetapi lahir di celah-celah masalah, cuba mencari jalan penyelesaian, berani keluar dari kumpulan rakan sebaya dan barulah diangkat oleh ummat"-Bapak Nasir

amani tengah bersedih ni, tapi cuba untuk gembirakan hati sendiri tanpa mengharapkan sesiapa lagi kecuali Allah SWT
bersyukurlah masih ada keluarga, yang boleh menyara dan memberikan semangat untuk kamu belajar bersungguh-sungguh.... dengan ilmu kamu boleh membalas apa yang telah mereka korbankan,.. tanya pada diri, apa yang kamu dah buat untuk balas jasa mereka ??
Wednesday, July 20, 2011
Program Yapiem
Tuesday, July 19, 2011
Ya Allah..aku jatuh cinta,,

dia fitrahku Ya Allah.... semoga jodoh ini akan kekal berpanjangan sampai ke akhirnya.. aminn
Monday, July 18, 2011
sebelum terima cinta...

SMS yang SWEET from unknown
Anda telah menerima KASIH SAYANG KERANA ALLAH dari 01390137$!. baki kasih sayang anda pada 18/07/2011 ialah 100%. tempoh kasih sayang anda tidak akan tamat sampai bila-bila. InsyaALlah..

wahai perempuan...tolong jangan seksa lelaki...
katakanlah kepada orang lelaki yang beriman, "hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA, yang demikian itu adalah lebih baik dan suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat"- An-Nur ayat 30
katakanlah kepada wanita yang beriman, " hendaklah mereka menahan pandangan, dan kemaluan, dan JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN, kecuali yang biasa nampak padanya... -an nur ayat 31.

Sunday, July 17, 2011
Aku Juga Bakal DijemputNYa...
orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati...
demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bleh berbicara sebentar, lalu menceritakan pengalaman sakaratulmautnya pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri- imam Ghazali
- hartanyanya untuk waris-waris tinggalannya
- nyawanya untuk ditarik oleh Malaikat maut
- dagingnya di perut bumi untuk santapan ulat-ulat
- tulangnya untuk direputkan oleh tanah
- amalan dan kebajikannya sepanjang hidup dimuka bumi serta doa anak yang soleh yang tidak jemu-jemu mendoakannya...

maafkan amani yer kawan-kawan kalau amani ada buat salah silap... halalkan segala ilmu yang amani dapat... Al-fatihah buat arwah mak yang sudah 17 tahun meninggalkan diri ini (T_T)....
Saturday, July 16, 2011
malam nisfu syaaban

malam nisfu syaaban sudah tiba.... syaaban bulan untuk membersihkan hati sebelum datangnya Ramadhan... banyakkan selawat dan zikir pada malam ni.... semoga mendapat keberkatan dariNya... aminnn
bila bersendiri..
pernah rasa sunyi tak ?? pernah rasa macam takde siapa-siapa untuk mendengar apa yang ingin kita cakapkan tak ?? atau pernah tak rasa macma nak menangis sebab duduk di rumah sorang - sorang ?? amani pernah rasa, dan amani selalu rasa kesunyian walau dalam keramaian orang. tapi amani sedar, yang manusia selalu tinggalkan kita, samada tinggal untuk sementara atau untuk selamanya, tapi Allah sedetik pun tak pernah tinggalkan kita. terfikir juga, bila kita ingin seseorang untuk mendengar segala rasa hati, time tu lah takde, dan mungkin pada ketika itulah waku kita untuk bersama Allah.... dalam kesunyian dan keseorangan ni, amani selalu katakan pada hati sendiri..
Allah itu ada dimana-mana dan bila bila masa... Allah mendengar walau kita tak bersuara, dan Allah melihat walau dalam gelap gelita. jangan pernah rasa sunyi kerana Allah sentiasa dalam hati.
bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan
dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala
bila bersendirian
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya bisikkan dalam hati
pada diriku sentiasa ada Pemerhati
bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengn tulus kesunyian.
sesungguhnya aku hamba yang banyak berdosa kerana tidak bersyukur dengan apa yang ada. mujur dosa itu tidak berbau, jika tidak.... tiada siapa yang ingin mendekatiku..




